Monday 18 April 2011

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi

10. Kemahiran mendefinasi secara operasi

Takrif
          memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara 
spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang
berlaku ke atas pembolehubah itu.


Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu
menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas
pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi
secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk
pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang
diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka
merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh
Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"
Anda boleh mendefinisinya sebagai .........

1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali.
   Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur
   ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili
   pertumbuhan anak pokok.
                                                              atau
2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada
   pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat
   pertumbuhan pada anak pokok.
                                                               atau
3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur.
   Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh
   mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu.
   Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.
                                                                atau
4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau
   penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa
   awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika
   terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses
   pertumbuhan.

Aktiviti
Anda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada
1. kadar penyejatan air
2. bahan yang larut dalam air

8 comments:

  1. Blog ini bagus.Syabas FRC!Saya dari SMK SAAS Kajang boleh rujuk sebagai nota tambahan.
    Kadar penyejatan air maknanya jumlah air yg tersejat dlm masa tertentu.Untuk ukur,ambil isipadu awal air.Selepas 1 jam ambil isipadu akhir air.beza isipadu disebabkan air tersejat dlm 1 jam.Kalau beza besar,maknanya kadar penyejatan tinggi.Kalau beza kecil kadar penyejatan rendah.Ukur isipadu air guna bekas penyukat yang ada di rumah.

    ReplyDelete
  2. nota amat berguna untuk para pendidik yang bergelar guru sains.T.kasih atas perkongsian....

    ReplyDelete
  3. Apakah definisi secara operasi keupayaan air mengalir melalui tanah...

    ReplyDelete
  4. It would be better if more examples given for reference.thanks

    ReplyDelete
  5. Bagusnya..... Mudah untuk anak saya faham...

    ReplyDelete
  6. Bagusnya..... Mudah untuk anak saya faham...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak. Walau ringkas, tapi sangat membantu anak saya.

    ReplyDelete